Andrien Rabiot.

LONDON – Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Adrien Rabiot memberi bayangan kelab mana yang ingin dia wakili pada musim hadapan.

Daily Mirror melaporkan, Rabiot telah menolak tawaran kontrak baharu yang ditawarkan PSG dan dia dijangka berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini laporan mengatakan, Rabiot telah hampir pasti untuk menyertai pasukan Barcelona secara percuma.

Namun sehingga kini, masih belum lagi ada berita rasmi mengenai situasi itu.

Disebabkan perpindahan Rabiot ke Barcelona masih lagi tergantung, senario itu telah memberikan isyarat buat kelab dari England.

Chelsea dan Tottenham Hotspur kini dikatakan berminat untuk cuba merampas pemain itu pada saat-saat terakhir.

Namun Rabiot didakwa telah mempunyai pilihan sendiri seandainya dia berhasrat untuk mencuba nasib di England.

Rabiot hanya ingin beraksi buat pasukan Liverpool sekiranya beliau membuat keputusan untuk beraksi di EPL kerana dia ingin beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast