Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Pengguna diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberat aspek keselamatan elektrik semasa musim perayaan Tahun Baru Cina.

Para pengguna dinasihatkan tidak membebankan soket dengan penggunaan adapter elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan bebanan tinggi.

Malah, orang ramai diminta tidak memasang atau menggantung sebarang bahan bagi tujuan perayaan di kabel dan pepasangan elektrik TNB kerana terdapat risiko renjatan elektrik dan percikan arka.

Tenaga Nasional Berhad berkata, bebanan tinggi, renjatan elektrik dan percikan arka boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang membawa kepada ketidakselesaan.

Lebih buruk lagi, tambahnya, ia boleh merosakkkan harta benda dan mengancam nyawa.

Pengguna dinasihatkan tidak memasang suis elektrik dengan tangan basah dan memastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan yang baik. – MalaysiaGazette