Ashley Young. Foto The Sun.

LONDON – Pemain veteran Manchester United, Ashley Young telah ditawarkan kontrak baharu selama 12 bulan namun memaklumkan dia lebih berminat dengan tempoh lebih panjang.

Daily Mail UK melaporkan, perbincangan antara dua pihak itu masih diteruskan memandangkan pemain pertahanan kiri itu memainkan peranan penting buat kelab tersebut musim ini.

United dikatakan mahu melanjutkan kontrak pemain berusia 33 tahun itu namun kontrak yang bersesuaian adalah setahun kepada bekas pemain skuad kebangsaan England itu.

Dalam pada itu, Inter Milan kini mengintai keadaan Young dengan hasrat untuk mendapatkan pemain itu menerusi perpindahan secara percuma apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Young memulakan kerjayanya di Watford sebelum berhijrah ke Aston Villa pada 2007.

Selepas empat tahun di Villa Park, dia kemudian berpindah ke United sehingga membantu meraih lima gelaran bersama kelab Red Devils itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast