KUALA LUMPUR – Mungkin sebuah lagu mampu mengembalikan semula kehangatan hubungan di antara China dan Malaysia selepas projek Laluan Rel Pantar Timur (ECRL) dikatakan telah dibatalkan.
Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur menyiarkan sebuah lagu di laman Facebooknya sempena ulangtahun 45 tahun hubungan diplomatik di antara dua negara.
Lagu yang bertajuk Bahu Kiri yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin menceritakan tentang hubungan persahabatan erat meskipun di landa badai.
Ia juga turut mengingkatkan kedua-dua negara bahawa mereka berkongsi pesisir laut yang sama.
“Bahu kananku melindungimu daripada bayu dan hujan, bahu kiriku adalah untukmu bersandar,” demikian antara bait lirik lagu berkenaan.
Lagu berkenaan kebetulan dikeluarkan ketika Malaysia dikatakan telah menamatkan projek ECRL yang mana kontraktor utamanya adalah syarikat China, China Communications Construction Co. (CCCC).
Lagu versi Bahasa Melayu mungkin dikeluarkan tidak lama lagi.- Agensi