TERKINI : PRK Semenyih “Saya Akan Meneruskan Agenda-Agenda Yang Dibuat Sebelum Ini!” – Calon PH

Salah seorang calon daripada lima nama yang disenarai Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berhasrat mahu meneruskan agenda yang dirangka oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor. Mohamad Shazri Mohamad Suhaimi, 31, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau akan memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terjamin sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil dalam membela nasib mereka.

Menurutnya, tempoh Allahyarham Bakhtiar untuk menerajui DUN berkenaan yang terlalu singkat telah menyebabkan beberapa aspirasi yang diilhamkan belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast