KUALA LUMPUR – Hidup bagaikan roda. Ada kala di atas ada kala di bawah.
Itu perumpamaan yang digunakan pengguna Twitter, Adrian Lim Chee En menggambarkan liku-liku perjalanan perniagaan usahawan muda Azri Zahier Azmi yang bertelingkah dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Andrian berkata, Azri dengan bangga mendakwa Syed Saddiq menjawab hantaran media sosialnya sebagai bukti “the power of media sosial” namun tanpa diketahui, segala perkara perkara buruk menegenai dirinya juga boleh dikorek melalui “the power of media sosial”.
Adrian Lim Chee En mendedahkan identiti Azri Zahier Azmi.
Pemilik akaun Twitter itu menggambarkan isu Housboom membabitkan reputasi, imej syarikat, produk menggemparkan seperti bunyi letupan ‘boom’ namun akhirnya timbul kebenaran.
Dakwa Adrian, ayah Azri, Azmi Abdul Malek merupakan Setiausaha Akhbar bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi Zahid adalah seorang ahli UMNO dengan mempunyai ‘kabel’ yang kuat.
Azri Zahier Azmi mendedahkan hubungan Azri Zahier Azmi dengan Nedim Nazri.
“BFF dia Nedim Nazri, anak Nazri Aziz. Business partner dia Idzham Hashim, anak Zahrain Hashim, exMP PKR yg keluar PKR kemudian join UMNO & dilantik Duta ke Indonesia. Boom!,” tulisnya.
Menuurut Adrian, Syed Saddiq telah bertemu Tan Sri Vincent Tan untuk mempromosi produk-produk tempatan di rangkaian kedai 7-Eleven.
Tambahnya, perkara tersebut disahkan Morvin Tan (anak Vincent Tan) yang mana mesyuarat tersebut dihadiri Morvin sendiri.
Menurutnya, apa yang berlaku sebelum ini, produk Hausboom cuba memasuki rangkaian 7 Eleven pada 2016/17 tetapi gagal, namun akhirnya berjaya memasuki rangkaian kedai serbaneka pada Disember tahun lalu.
“Punya bangga time produk dia masuk 7-E. Promosi FB Hausboom & 7-Eleven mengenai Hausboom pun berlaku sekitar Dis 2018. Boom!,” katanya.
Tambah beliau, ketika Barisan Nasional berkuasa dahulu Syed Saddiq dicaci dengan menggelarnya pahlawan air liur kerana Menteri Belia dan Sukan itu meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Adrian berkata, kini Skrg Syed Saddiq buat iklan produknya, Hausboom namun masih caci maki lagi yang merujuk menteri itu ‘dibabikan’ baru-baru ini.
Tambah Adrian, berikutan mempunyai kabel yang kuat selain orang kuat UMNO, Pakatan Harapan (PH) dipijak-pijak dan dicaci maki.
“Siap PH jadi mangsa penyalahgunaan kebebasan media & kebebasan bersuara.
“Kalau PH ni jenis dendam seperti yg dituduh UMNO, Pas, rekod2 inilah boleh digunakan untuk hancurkan Hausboom. Tapi itu tak berlaku kan?,” soalnya sambil mengambil ungkapan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/06/pengasas-hausboom-mohon-maaf-kepada-syed-saddiq/