KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter direkodkan melanda pulau Halmahera, Maluku Utara Indonesia pada 6.03 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku di 220km timur laut dari Ternate di pulau itu.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast