TERKINI : Tiga Rayuan Interlokutori Najib Ditangguh

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan penangguhan untuk mendengar tiga rayuan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan isu interlokutori (permohonan sebelum perbicaraan) dalam kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membuat permohonan itu meminta penangguhan itu kerana beliau mahukan Mahkamah Rayuan memutuskan mengenai isu asas yang melibatkan keputusan pihak pendakwa untuk menarik balik Sijil Pemindahan ke atas tiga pertuduhan terhadap anak guamnya, pada 28 Januari.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast