Jamal Khashoggi. foto Reuters

ISTANBUL – Arab Saudi “secara serius menghalang dan melemahkan” keupayaan Turki untuk inkuiri pembunuhan Jamal Khashoggi.

Ia hasil laporan daripada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas PBB, Agnes Callamard mengetuai inkuiri hak asasi manusia antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Beliau melawat Turki pada 28 Januari hingga 3 Februari.

Menurut laporan awal siasatan, Kha

Keupayaan Turki untuk menyiasat kes pembunuhan itu telah dijejaskan dengan serius oleh Arab Saudi, yang mengambil masa selama 13 hari untuk membenarkan penyiasat Ankara akses ke lokasi jenayah.

Pembunuhan Khashoggo berlaku pada 2 Oktober dan pihak berkuasa Turki hanya dibenarkan memasuki bangunan Konsulat Arab Saudi pada 15 Oktober. Manakala dibenarkan memasuki ke kediaman pada 17 Oktober, sekali gus menjejaskan siasatan forensik, katanya.

Callamard juga mempersoalkan tentang ketelusan dan keadilan terhadap pendakwaan 11 suspek Arab Saudi yang didakwa terlibat dalam kes tersebut.

“Saya telah memohon untuk melawat Arab Saudi secara rasmi supaya pihak berkuasa di sana boleh menyediakan dengan bukti-bukti relevan,” katanya.

Hakikatnya, tambah beliau, mayat Khashoggi masih belum ditemui dan menambah penderitaan kepada keluarga mangsa.

Laporan akhir berhubung kes kematian Khashoggi akan dibentangkan di Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Jun ini.

Khashoggi terakhir dilihat terus memasuki konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Wartawan terkemuka itu dikenali sebagai pengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast