Mazlan Lazim
Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan sindiket penculikan warga asing menyasarkan warga Bangladesh dalam satu operasi hari ini.

Kedua-dua individu itu merupakan warga Bangladesh adalah suspek dikehendaki dalam kes bunuh seorang lagi warga Bangladesh di bawah Jambatan Pasar Pudu Off Jalan Yew pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek ditembak dalam serbuan pukul 1.35 pagi di sebuah rumah di Taman Mudun, Kajang awal pagi tadi.

Hasil siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek Bangladesh terlibat kes pembunuhan rakan senegaranya di Pasar Pudu.

“Bagaimanapun, polis mendapat petunjuk baharu yang mengejutkan apabila kedua-dua suspek berkenaan turut terlibat dengan kegiatan sindiket penculikan warga asing.

“Ini terbukti menerusi satu laporan polis mengenai penculikan mangsa seorang lelaki warga Bangladesh di Jalan Ipoh pada 8 Februari lalu dan penculik telah meminta wang tebusan sebanyak 200,000 (matawang Taka) daripada keluarga mangsa itu di Bangladesh.

“Siasatan lanjut dan risikan kami mendapati dua suspek warga Bangladesh yang sama turut terlibat dalam kejadian culik kali ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ekoran penemuan itu, kata Mazlan, polis berjaya mengesan tempat mangsa culik ditahan iaitu di sebuah rumah di Taman Mudun, Kajang sebelum diserbu sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Kuala LUmpur untuk operasi menyelamatkan tebusan.

Menurutnya, dalam serbuan pada 12 Februari hari ini sekitar 1.35 pagi, polis diancam beberapa tembakan dari kedua-dua suspek berkenaan yang menahan mangsa.

“Dalam insiden berbalas tembakan tersebut suspek berkenaan kedua-dua suspek berjaya ditembak mati.

“Polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis auto dan sebilah parang panjang di sisi kedua-dua suspek yang ditembak mati oleh polis dan hasil pemeriksaan forensik tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dairpada kedua dua suspek.

“Polis turut menyelamatkan seorang mangsa culik yang berusia lingan 30-an berada disalah sebuah bilik rumah itu,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, siasatan lanjut polis turut mendapati mereka terlibat dalam 13 kes penculikan warga Bangladesh di sekitar ibu negara sebelum ini melibatkan kerugian wang tebusan berjumlah lebih kurang RM2.5 juta.

Dalam kes sama, ujar beliau, sepasukan polis JSJ Bukit Aman berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an disyaki ahli kumpulan sindiket yang berkomplot dengan dua suspek Bangladesh yang ditembak mati.

“Sebuah kenderaan kereta model perodua Alza yang disyaki digunakan untuk menculik mangsa turut dirampas di lokasi serbuan.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

“Orang ramai yang mepunyai makliumat berhubung kes itu diminta menyalurkannya kepada Inspektor Mohd Yusman Ab Ghani (pegawai penyiasat di talian 011 2312 8387 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 sambungan 584 atau 585 atau mana mana balai polis berdekatan,” tegasnya. – MalaysiaGazette