PORT-AU-PRINCE – Semua 78 penghuni penjara di Haiti selatan berjaya meloloskan diri daripada penjara Aquin.
Polis yang juga terpaksa berdepan dengan protes anti-kerajaan yang menentang Presiden Jovenel Moise berkata, kerajaan akan melancarkan siasatan kejadian di penjara.
Ketua Polis, Ralph Stanley Brice memberitahu, banduan-banduan telah meninggalkan sel masing-masing ketika tiba masa untuk mandi.
Namun, mereka enggan kembali ke sel dan mengambil kesempatan semasa polis sedang berdepan dengan demontrasi di luar penjara, yang terletak bersebelahan dengan balai polis.
Haiti berdepan dengan tunjuk perasaan sejak enam hari lalu susulan tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Presiden Jovenel Moise.
Brice menambah, para penunjukkan perasaan telah membuat sekatan telah menghalang bantuan polis yang dihantar dari Les Cayes.
Negara pulau itu telah menyaksikan enam hari protes selepas laporan mahkamah mendakwa bahawa pegawai dan bekas menteri telah menyalahgunakan pinjaman pembangunan yang dibuat oleh Venezuela ke Haiti selepas tahun 2008.
Laporan itu juga mencadangkan bahawa Presiden Moise terlibat dalam penyelewengan tersebut.
Moise yang berkuasa sejak 2017 telah mengadakan perbincangan dengan pembangkang, namun tidak berjaya.
Haiti adalah negara termiskin di Caribbean dan 60 peratus penduduk hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$ 2(£ 1.53) sehari. – MalaysiaGazette