TERKINI : Tudung FAREEDA Diberi Nafas Baharu FRDA

BANGI – Selepas 12 tahun dalam industri tudung Pengeluar tudung terkenal, Fareeda memberikan nafas baharu kepada jenamanya dengan menukar nama kepada FRDA By FAREEDA.

Bukan sahaja jenama yang baharu, koleksi untuk tahun ini dengan bermatlamatkan meraih pengguna daripada pelbagai lapisan umur khususnya dari kalangan wanita muda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FRDA By FAREEDA yang baharu Andry Suhermanto target penjualan 10 koleksi baharu tudung itu sehingga pertengahan tahun ini adalah RM3 juta.

“Kita menjangkakan setengah tahun pertama ini untuk beberapa juta mungkin RM3 juta sehingga raya sebab raya permintaan akan tinggi,” katanya ketika sidang media.