Lembaga Tabung Haji TH deposits
Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bimbang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi akan mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya walaupun masyarakat tahu pasaran saham dan pegangannya dalam ekuiti pada tahun lepas mengalami kejatuhan nilai yang besar

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, dalam udang-undang tidak salah untuk KWSP berbuat demikian tetapi ia akan memberi kesan kepada pendapatan KWSP untuk tahun-tahun mendatang jika nilai saham tidak pulih.

Amalan KWSP untuk tidak lagi mengambil kira sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya pada tahun 2018 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

Ini kerana, walaupun KWSP mengumumkan dividen yang tinggi pada kadar 6.9 peratus bagi tahun 2017 pada masa pasaran saham kukuh, KWSP tetap mengambil kira susut nilai (impairment) saham tersenarai sebanyak RM4 bilion.

Pada tahun 2016 pula, dividen KWSP jatuh kepada 5.7 peratus kerana pasaran saham tahun itu tidak begitu baik setelah KWSP mengambil kira susut nilai saham tersenarai sebanyak RM8.17 bilion.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri percaya Tabung Haji juga akan mula ambil langkah yang sama seperti KWSP untuk tidak mengiktiraf dan mengambil kira susut nilai saham tersenarai apabila mengira hibah untuk tahun lepas iaitu berbeza dengan tahun-tahun sebelum itu.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada KWSP kerana mampu mengumumkan dividen yang agak baik untuk tahun 2018 ketika keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang agak mencabar.

“Walaupun dividen 6.15% untuk Simpanan Konvensional dan 5.90% untuk Simpanan Syariah adalah lebih rendah berbanding kadar 6.9% tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini, tetapi ini tetap satu kejayaan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast