SEMENYIH – Selepas ini, Pakatan Harapan (PH) akan memastikan setiap program ceramahnya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mempunyai permit polis.
Calon PH, Muhammad Aiman Zainali sendiri akan mengambil inisiatif memeriksa program-program yang akan dijalankan selepas ini.
“Saya akan check juga. Kita tahu hal itu. Itu hal penganjur. Mana yang jemput kita, saya akan pergi,” katanya selepas melakukan walkabout di Pasar Pagi Pekan Semenyih di sini hari ini.
Muhammad Aiman diminta mengulas mengenai program Pemuda PH yang dintikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di tapak pasar malam Taman Jenaris, Kajang malam tadi yang terpaksa dihentikan berikutan tidak mempunyai permit polis.
Muhammad Aiman yang dijadualkan sebagai penceramah terakhir pada program itu bagaimanapun tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.
Arahan untuk menghentikan ceramah tersebut dikeluarkan penguat kuasa SPR sebaik sahaja dua penceramah selesai memberikan ucapan masing-masing.
Penceramah tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/16/spr-arah-program-anjuran-pemuda-ph-dihentikan-tiada-permit/