Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
Gambar hiasan

BUTTERWORTH – Seorang pemandu sambilan Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang gadis berusia 20 tahun di Tanah Perkuburan Cina dekat sini, Februari tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Anuar Shaiful Rizuan Rozali, 31, didakwa merogol gadis itu yang juga seorang penuntut kolej swasta di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu, Bukit Mertajam, di sini pada 4 petang, 8 Feb 2018.

Untuk itu tertuduh yang juga pekerja kilang didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa merompak gadis berkenaan pada masa, tarikh dan tempat sama dan untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan keseriusan kes yang dilakukannya.

Anuar Shaiful yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dia dibebaskan dengan jaminan kerana dia hanya bekerja kilang dengan pendapatan hanya RM1,500 sebulan dan terpaksa membuat kerja sambilan memandu Grab untuk menambah pendapatan.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh agar tidak mendekati mangsa serta menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast