Anwar Mohammed Gargash

DUBAI – Usaha Qatar untuk memulihkan hubungan dengan Arab Saudi yang membokot negara kecil Teluk itu menemui jalan buntu, kata Menteri Hal Ehwal Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Usaha Qatar untuk mendekati dan memhon maaf kepada Riyadh baru-baru ini gagal,” katanya tanpa memberi maklumat terperinci.

“Arab Saudi adalah sebuah negara yang komited dan setia dan tidak biasa mengkhianati rakan-rakan dan sekutu-sekutunya,” kata Anwar Mohammed Gargash dalam beberapa siri twitter.

“Oleh itu, strategi Qatar balik kepada asal,” tambah beliau seperti dipetik Gulf News.

Mengambil contoh lawatan Putera Mahkota, Mohammad bin Salman ke Asia, Gargash berkata, ia mencerminkan pengaruh Arab Saudi.

”Tidak diragui, Doha sedar ini dan melihat pentingnya lawatan itu. Ia sedar penduduk Qatar menyalahkannya membuang dasar daripada akar dan diasingkan di rantau ini,” katanya dalam akaun twitter.

Pada Jun 2017, UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar kerana mendakwa negara itu menyokong kumpulan ekstremis dan pengganas.

Doha menolak permintaan keempat-empat negara itu bagi mengakhiri boikot yang dilakukannya itu, termasuk menyerahkan anggota militan yang dikehendaki yang tinggal di Qatar.

Gargash menolak pertikaian itu akan berahir.

“Adalah jelas kepada Doha bahawa platform medianya mempunyai kesan yang terhad,” katanya.

Menurut Gargash, usaha Qatar untuk membawa perkara itu ke mahkamah antarabangsa baru-baru ini juga menemui kegagalan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast