KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Faedzal Md. Ramli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Pelantikan bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu diumumkan menerusi akaun Twitter milik KBS hari ini.

Ahmad Faedzal, 40, menggalas tugas itu bermula hari ini selepas melaporkan diri kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pagi tadi.

“Seluruh warga #TeamKBS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Encik Ahmad Faedzal MD Ramli di atas pelantikan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu,” tulis KBS dalam ciapan berkenaan. – MalaysiaGazette