Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer

MANCHESTER – Pengrurus Menchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi bayangan Michael Carrick mungkin akan kembali beraksi selepas kelab itu berdepan dengan krisis kecederaan.

Bercakap secara seloroh kepada MUTV, pengendali sementera itu memberitahu dia mungkin juga kembali beraksi namun bernasib baik kerana krisis kecederaan skuadnya mampu diatasi.

“Michael mungkin akan kembali beraksi.

“Namun nasib baik krisis kecederaan kami tidak begitu serius sehingga perlu saya untuk kembali beraksi,” katanya kepada MUTV sambil ketawa.

Semalam, United terikat seri tanpa jaringan dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan empat pemain mengalami kecederaan pada separuh masa pertama.

Tiga daripadanya adalah pemain United iaitu Ander Herrera, Juan Mata dan pemain gantian, Jesse Lindgard terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Pada masa sama, Marcus Rashford juga mengalani kecederaan sepanjang perlawanan itu selain Nemanja Matic tidak diturunkan.

Kecederaan itu menyebabkan United kini hanya memiliki Paul Pogba, Scott McTominay serta Andreas Pereira.

Solskjaer melihat Carrick sebagai pengganti walaupun telah menamatkan kariernya selaku pemain musim lalu untuk kembali beraksi bersama United. – MalaysiaGazette