Umat Islam di Ipoh, Perak semalam berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila penghina Nabi Muhammad dibebaskan dengan jaminan polis
Umat Islam di Ipoh, Perak semalam berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila penghina Nabi Muhammad dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR – Orang ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya para agamawan dan mufti ketika agama dipijak oleh bukan Islam yang semakin galak mempersenda dan menghina junjungan besar Nabi Muhammad.

Ketika ini hanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bangkit membantah perbuatan biadab segelintir masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Seorang netizen, Aaron Saiful menyatakan rasa kecewa terhadap agamawan dan mufti termasuk pendokong parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi pada masa sama menyepi daripada menyuarakan bantahan.

Katanya, golongan itu sepatutnya berada di depan dan bersama umat Islam bangkit menyatakan rasa marah dan kesal dengan perbuatan penghina agama.

“Malangnya, sehingga kini tidak kedengaran suara-suara mereka. Adakah menghina Islam, Allah dan para Nabi tidak salah?” soal beliai menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga pemilik akaun laman sosial Facebook telah secara terang-terangan memuatnaik kenyataan berunsur penghinaan terhadap umat Islam.

Bagaimanapun, tidak ada tindakan tegas diambil pihak berkuasa untuk mendakwa mereka ke muka pengadilan, melainkan menahannya bagi tempoh singkat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Namun, tidak ada pendakwaan dilakukan ke atas penghina agama ini, termasuk yang terbaharu pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai.

Antara yang lantang membantah tindakan polis itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, Pas dan individu yang cintakan Islam.

Sedangkan, mufti serta pendokong parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdiam diri.

Ini mungkin disebabkan penghina Nabi Muhammad itu adalah aktivitis BERSIH yang terlibat bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast