LONDON – Pengurusan tertinggi kelab Chelsea mengenakan hukuman potongan gaji seminggu ke atas Kepa Arrizabalaga selepas tidak menghiraukan arahan Maurizio Sarri ketika bertemu Manchester City dalam aksi Piala Carabao.
SkySports melaporkan, potongan gaji itu akan diserahkan untuk sumbangan amal dan kebajikan menerusi yayasan kelab itu.
Sumber kelab menjelaskan bahawa Sarri dan Kepa telah menyelesaikannya isu itu sesama sendiri.
Keppa pula tampil memohon maaf di atas kejadian tersebut dan mengakui dia telah mempelajari sesuatu dalam kariernya.
“Walaupun ia adalah salah faham, saya telah melakukan kesilapan besar bagaimana menangani situasi ketika itu,” katanya.
Penjaga gol berusia 24 itu menimbulkan kontroversi di Stadium Wembley apabila enggan meninggalkan padang selepas Sarri mahu menggantikannya dengan Willy Caballero ketika aksi penentuan penalti.
Tindakan Kepa itu menyaksikan City menang dengan menjulang trofi pertama musim ini.
Sarri bengang dengan tindakan Kepa itu namun dia menjelaskan punca salah faham dirinya dan pasukan perubatan kelab yang merawat pemain kelahiran Sepanyol itu beberapa minit sebelum itu. – MalaysiaGazette