TEHRAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani menolak peletakan jawatan Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif kerana ia bertentangan dengan kepentingan negara.
“Sebagai pemimpin tertinggi, anda (Mohammad Javad) telah digambarkan sebagai orang yang dipercayai, berani dan beragama di barisan hadapan lawan terhadap tekanan Amerika Syarikat yang meluas.
“Saya mempertimbangkan peletakan jawatan anda terhadap kepentingan negara dan menolaknya,” kata Rouhani dalam surat yang didedahkan agensi berita IRNA.
Dalam pada itu, Zarif dilaporkan telah menghadirkan diri pada majlis menyambut kedatangan Perdana Menteri Armenia di Tehran.
Zarif berada di majlis itu sejurus peletakan jawatannya ditolak oleh Rouhani. – MalaysiaGazette