TERKINI : HINA NABI! Warga Emas,68 Tahun, Hadapi Dua Pertuduhan di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang bertindak biadab serta kurang ajar menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah melalui Facebook pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Wai Foo Sing, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Lelaki berusia 68 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dia turut memberitahu anaknya dalam perjalanan ke mahkamah namun tidak tahu nilai wang yang dibawa.

Mahkamah memberikan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April nanti.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast