Scott Gotlieb

WASHINGTON – Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA), Scott Gottlieb memberitahu beliau merancang untuk meletak jawatan bulan depan.

Ia merupakan satu pengumuman tidak dijangka dan menimbulkan persoalan, bagaimana agensi berkenaan akan mengendalikan isu-isu seperti peningkatan perokok e-rokok dalam kalangan remaja dan usaha untuk menambah persaingan dalam ubat yang perlu dipreskripsi.

Gotlieb terkenal sebagai pejuang kesihatan dan berjaya memenangi sokongan bipartisan dalam usahanya untuk mengekang penggunaan e-rokok (contohnya vape) dalam kalangan anak muda, mempercepatkan tempoh kelulusan bagi ubat-ubatan generik murah bagi mempertingkatkan persaingan serta menurunkan harga ubat selain menggalakkan penggunaan ubat-ubatan versi murah berbanding ubat bioteknologi yang dipanggil biosimilars.

Gotlieb memberitahu beliau mahu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan tiga anaknya di Connecticut telah dicalonkan oleh Presiden Donald Trump sebagai sebahagian daripada pembantu dalam agenda anti-regulasi beliau.

Beliau bagaimanapun mengambil pendirian tegas terhadap pengeluar e-rokok seperti Juul Labs Inc.

Pada Isnin, beliau “berlawan” dengan 15 peruncit termasuk Walgreens Boots Alliance, Kroger Co dan Walmart Inc kerana menjual produk tembakau secara haram kepada kanak-kanak.

Bagaimanapun, tindakan Gotlieb itu mendapat tentangan daripada kumpulan anti-regulasi seperti Americans for Tax Reform dan bekas-bekas pegawai FDA yang mengatakan usaha FDA akan memusnahkan ribuan pekerjaan.

Pakatan kumpulan berkenaan menulis surat kepada Trump bulan lepas dan meminta beliau “menggantung serangan agresif oleh FDA terhadap perniagaan e-rokok dengan segera.” – Agensi