Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer

LONDON – Pengurus sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer kini boleh menarik nafas lega kerana kontraknya bersama kelab Norway, Molde telah tamat.

Daily Mail melaporkan, Pegawai Eksekutif Molde, Oystein Neerland memberitahu, mereka gembira dapat meminjamkan Solskjaer kepada United.

Solskjaer hadir di Old Trafford pada Disember lalu menggantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Pengendali berusia 46 tahun itu diberi peranan menguruskan skuad itu sehingga akhir musim ini.

Minggu lalu, Neerland mengeluarkan kenyataan, pengurus itu hanya berada di United sehingga penghujung musim ini dan berharap Solskjaer kembali ke Molde Mei ini.

Mengikut peraturan, seorang pengurus tidak boleh mempunyai dua kontrak bersama dua kelab berbeza dalam satu masa.

Beberapa minggu sebelum bersetuju bekerja sementara di United, Solskjaer telah menandatangai kontrak sambungan selama tiga tahun bersama Molde.

Solskjaer menjadi pengurus kesayangan di United selepas membawa kegembiraan kepada kelab dengan keputusan yang memberangsangkan selepas pemecatan Jose Mourinho. – MalaysiaGazette