ENGLAND – Julang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). itu misi utama Pep Guardiola kali ini.
Bagaimanapun khabar angin meletup mengaitkan pengurus Manchester City itu kononnya sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai Juventus.
Guardiola dikatakan bersetuju untuk menggantikan Massimiliano Allegri di Serie A.
Wartawan Itali, Luigi Guelpa mendakwa Pep sudah mengikat perjanjian lisan untuk menyertai the Old Lady dengan kontrak bertempoh empat tahun.
Ia sekaligus mencetuskan persoalan terhadap komitmen pengurus itu dalam memburu gelaran EPL bersama the Citizens di Etihad.
“Saya difahamkan Pep sudah mencapai perjanjian lisan dengan Juventus untuk empat tahun akan datang.
“Orang yang sama juga pernah mendedahkan kepada saya Ronaldo akan menyertai Juventus,”katanya kepada Radio CRC semalam.
Allegri dijangka meninggalkan Juventus dan pengurusan Juventus sedang mengakses beberapa calon sebagai penggantinya tetapi Pep dikatakan mendahului senarai tersebut.
Walaupun perjanjian secara lisan dicapai diantara kedua dua pihak, tiada siapa yang berhijrah sehingga kontrak rasmi ditandatangani.
Bagi Guardiola fokus dan sasarannya ialah untuk menjulang EPL dan sudah pasti penyokong City sedih sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan kelak.- MalaysiaGazette