Foto Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah.

KUALA LUMPUR – Bola Sepak Kedah (KFA) menghantar empat pemain muda mereka terbang ke Cardiff City bagi menimba ilmu bersama kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Menerut Facebook rasmi Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah, mereka dalah tiga pemain dari skuad Piala Presiden adalah Mohd Suhaimie Saad, Aminuddin Abu Bakar dan Mohd Asri Muhammad dan┬áseorang lagi pemain muda dari Liga Super, Fazrul Danel.

Keempat-empat pemain itu berangkat ke London semalam dan akan menjalani latihan di Akademi Bawah 22 Tahun Cardiff City selama sebulan.

Pemergian mereka ke Cardiff diiringi oleh Naib Presiden 1 KFA, Anas Hafiz Mustaffa dalam melaksanakan siri kedua Projek Kerjasama Pembangunan Bolasepak KFA x CCFC. – MalaysiaGazette