Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52 hadir pada pendengaran fakta kes serta jatuh hukum selepas melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda RM10,000 kepada Yazid Kong Abdullah kerana didapati bersalah atas perbuatan menghina Nabi  Muhammad SAW. 

Hakim Hakim Hasbullah Adam mengumumkan keputusan itu berkata,  kesalahan yang dilakukan Yazid adalah serius kerana mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi. 

Namun Yazid, menurut beliayubertuah kerana hanya dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hukuman penjara terhadapnya akan ditambah selama dua bulan jika gagal melunaskan denda yang didtetapkan.

“Perbuatan yang kamu buat mencabar perlembagaan yang mana ia adalah undang-undang tertinggi. Kamu bertuah hanya didakwa di bawa hseksyen 233.

“Walau bagaimanapun saya mengambil kira rayuan peguam bela dan saya juga terpaksa mengambil kira hujah Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Terdahulu peguam belanya Muhammad Syafiq Salleh memohon Yazid diberikan hukuman penjara sahaja dengan tempoh paling maksimum. 

Ini berikutan isterinya yang merupakan warga negara Indonesia tidak mampu menampung seorang cahaya mata mereka kerana tertuduh sudah tidak bekerja. 

Selain itu, hujahnya, ia merupakan kesalahan Yazid yang pertama kali dan beliau baharu sahaja memeluk agama Islam tanpa didikan penuh tentang agama. 

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal menegaskan hukuman yang diberikan ke atas Yazid bukan sahaja akan memberi pengajaran kepada dirinya agar tidak menyalahgunakan media sosial.

Tetapi pada masa sama juga mengingatkan masyarakat agar  tidak sewenangnya menghina agama Islam.

Ditambah pula, tindakan memuatnaik beberapa posting berbentuk penghinaan kepada Islam dan nabi itu menunjukkan wujud rancangan melakukannya, dalam masa yang sama dibimbangi tertuduh boleh mengulangi lagi kesalahannya.

“OKT sewajarnya tahu perbuatan itu, beliau sepatutnya mengelakkan tindakan ini tetapi memilih hina agama dan nabi. Ini menunjukkan tindakannya dirancang kerana muatnaik secara berterusan.

“ Perbuatan penghinaan agama ini tidak boleh diterima, sekiranya dibiarkan berterusan boleh menggugat keharmonian dan keselamatan,” katanya.

Yazid Kong Abdullah merupakan salah seorang daripada tiga yang terlibat dalam pendakwan penghina nabi baru-baru ini. 

Beliau mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya 8 Mac lalu.

Terdahulu lelaki berusia 52 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman  denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast