SEPANYOL – Beberapa pemain kanan Real Madrid nampaknya tidak selesa untuk menerima semula Jose Mourinho sebagai pengurus baharu mereka di Santiago Bernabeu.

Sergio Ramos antara pemain veteran kelab itu secara sulit dikatakan membuat ketetapan meninggalkan kelab itu seandainya kehadiran Jose dimuktamadkan.

Ramos pernah terlibat dalam pertelingkahan bersama Mourinho semasa pengurus warga Portugal itu mengendalikan kelab itu antara tahun 2010 hingga tahun 2013.

Presiden Florentino Perez dikatakan sudah membuat ketetapan untuk membawa semula bekas pengurus Manchester United itu.

Ramos dijangka akan memberi tekanan kepada kelab untuk melepaskannya pada akhir musim ini.

Ramos masih berbaki kontrak setahun bersama juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah itu.

Perez dikhabarkan akan membuat keputusan akhir pada hari ini mengenai pelantikan pengurus baharu kelab tersebut.

Real Madrid sedang merancang untuk membawa masuk Mourinho sebagai menggantikan Santiago Solari berikutan prestasi hambar sejak awal musim ini.

Lebih teruk, Juara bertahan Liga Juara Juara Eropah edisi 2016, 2017 dan 2018 itu tersingkir di pusingan ke-16 di tangan Ajax minggu lalu.

Jose Mourinho dibayar pampasan 19.6 juta pound oleh Manchester United ketika dipecat pada 11 Disember lalu.

Kontrak baharu tiga musim bernilai 17 juta pound setahun di Real akan meletakkan individu berusia 56 tahun itu jurulatih bergaji kedua tertinggi di Sepanyol selepas Diego Simeone (20 juta pound setahun).

Gareth Bale yang juga merupakan pemain yang dibawa masuk Jose antara individu yang juga dikatakan bersedia meninggalkan kelab itu.

Dua lagi pemain kanan ialah Benzema dan Marcelo dikhabarkan kuat mengikut jejak langkah Ramos. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast