KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda RM10,000 kepada Yazid Kong Abdullah kerana didapati bersalah atas perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW.
Hakim Hakim Hasbullah Adam mengumumkan keutusan itu berkata kesalahan yang dilakukan Yazid adalah serius kerana mencabar perlembagaan persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi.
Namun Yazid menurut beliau bertuah kerana hanya dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Hukuman penjara terhadapnya akan ditambah selama dua bulan jika gagal melunaskan denda yang ditetapkan.