Foto Football365

MADRID – Real Madrid membuat pusingan U dengan melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih kelab itu, lapor BBC Sport.

Pengendali Perancis itu mengikat kontrak tiga tahun menggantikan Santiago Solari yang dipecat selepas impian kelab tersebut mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara musnah minggu lalu apabila tersingkir pada pusingan kalah mati.

Zidane berundur dari Real pada Mei tahun lalu dan menyaksikan penggantinya, Julen Lopetegui dipecat pada Oktoberdisusuli Solari yang hanya bertahan selama empat bulan.

Sebelum itu, dia berjaya membawa Real menjulang tiga gelaran Liga Juara-Juara.

Madrid tersingkir di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di tangan Ajax Amsterdam Selasa lalu dan lebih malang turut kalah dua kali di tangan seteru Clasico,  Barcelona dalam perebutan Piala Raja Sepanyol dan aksi liga sekali gus menyaksikan pasukan itu kini ketinggalan 12 mata.

“Perubahan akan berlaku pada tahun akan datang dan saya sudah kembali.

“Buat permulaan kita berbincang apa yang perlu dilakukan kerana kami ada 11 lagi perlawanan,” kata Zidane pada sidang media di Santiago Bernabeu sejurus menandatangani kontrak hingga Jun 2022.

Real bakal berdepan Celta Vigo dalam aksi La Liga di Bernabeu minggu ini.

Sementara itu Solari, yang juga bekas pemain tengah Real Madrid mengambil alih jawatan dari bekas pengurus Sepanyol, Lopetegui pada 13 Novermber lalu tetapi dia dipecat kerana gagal menaikkan Real.

Real bagaimanapun menawarkan Solari kekal di Madrid dengan peranan berbeza jika ia mahu meneruskan karier di Bernabeu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast