Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (kanan) merasmikan gimik pelancaran diiringi oleh Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Zaiton Mohd Hassan (kanan) pada Majlis Perasmian Dana Pembangunan Pembiayaan Mampan (SDFF) dibawakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Nusantara Ballroom, Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 13 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini melancarkan Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan (SDGF) sebagai menyokong usaha mengimplementasikan 17 SDG yang disenaraikan Agenda Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyempurnakan majlis tersebut dengan memperuntukkan dana RM1 bilion seperti yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9).

Beliau berkata, dana itu akan disediakan untuk tempoh lima tahun bagi menguruskan perbelanjaan dan maksimum 15 tahun untuk perbelanjaan modal.

“Pemohon berjaya akan menikmati subsidi berfaedah 2 peratus dan setiap penggiat perniagaan swasta yang layak boleh memohon pinjaman dana itu menerusi BPMB iaitu yang terlibat sektor infrastruktur, maritim, minyak dan gas serta teknologi.

“Ia usaha membantu penggiat industri pelbagai mengadaptasikan strategi dan proses pengoperasian sejajar dengan salah satu daripada 17 SDG,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dana itu di ibu negara.

Guan Eng berkata, ia bukan satu-satunya usaha kerajaan untuk mempromosikan pelaburan berprestasi tinggi yang bukan sekadar menjana pertumbuhan ekonomi, tetapi juga melahirkan peluang pekerjaan di Malaysia.

“Awal Mac ini, kerajaan menerusi bank ini juga melancarkan Dana Transformasi Industri pendigitalan berjumlah RM3 bilion sebagai usaha membantu syarikat industri di Malaysia memodenkan pengeluaran mereka sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.

“”Permohonan undi pinjaman dana RM1 bilion itu hanya akan dibuka sehingga 31 Disember 2020 sekiranya ia gagal dimanfaatkan segera dan lebih awal oleh pihak swasta sekarang,” ujarnya.

Hadir pada majlis, Pengerusi BPMB, Datuk Zaiton Mojhd Hassan yang menjelaskan bahawa pihaknya akan melancarkan satu lagi tabung, iaitu Dana Pendidikan Industri Mampan dengan modal permulaan sebanyak RM10 juta disediakan.

Katanya, ia antara inisiatif pihaknya untuk menggalakkan pengiat industri swasta di negara ini bergerak ke arah pembangunan mampan seperti ditetapkan PBB yang disasarkan menjelang 2030.

“Ia penting untuk menwujudkan kesedaran pentingnya dalam menjaga alam sekitar menerusi pembangunan mampan dan kita akan melancarkan juga dana pendidikan berkenaan dengan RM10 juta sebagai permulaan dari rakan-rakan korporat dan kerjasama mereka untuk misi ini.

“Kita buat pelbagai program membawa kesedaran tetapi ramai masih membuang sisa-sisa sampah dan toksik ke dalam sungai jadi apa gunanya program dan kempen kita.

“Bank kami mahu mengambil cabaran itu dan menerapkan pembangunan mampan tanpa menjejaskan alam sekitar. Pelancaran hari ini tidak akan berjaya tanpa kerjasma dan kesedaran di bawah sana.

“Kita hanya ada 11 tahun untuk capai visi UN GSD, dan kami mahu membawa mesej di luar sana bahawa anda masyarakat sedang memusnahkan dunia dan alam semulajadi ini denhan tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya. – MalaysiaGazette