Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, kenaikan harga minyak dunia daripada AS$52 kepada AS$71 setong yang didorong oleh keadaan di Korea Utara dan Iran merupakan sesuatu yang menguntungkan Malaysia.

SYDNEY – Harga minyak naik hari ini dipacu oleh rancangan Arab Saudi untuk mengurangkan eksport dan unjuran pengurangan pengeluaran minyak Amerika Syarikat.

Niaga hadapan penanda aras minyak mentah antarabangsa, Brent didagangkan pada AS$66.93 setong pada 0039 GMT selepas naik 0.4 peratus daripada harga penutup.

Brent mencecah AS$67.39 setong pada hari Isnin, harga tertinggi sejak 25 Februari.

West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada AS$57.17 setong naik AS$0.10.

Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat dijangka tumbuh lebih perlahan daripada dijangkakan sebelum ini untuk 2019 dan purata kira-kira 12.30 juta tong sehari, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga Aero (EIA).

Arab Saudi merancang untuk mengurangkan eksport minyak mentahnya pada bulan April kepada 7 juta tong sehari sambil mengekalkan keluarannya di bawah 10 juta tong sehari, kata seorang pegawai Arab Saudi pada hari Isnin.

Langkah itu mengekang lebih bekalan dan menyokong harga minyak. – MalaysiaGazette