KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Banting, Selangor dan Rompin, Pahang hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 2 petang.
Menurut bacaan terkini IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan Banting mencatatkan bacaan 101 manakala Rompin pula 177.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.
— BERNAMA