LONDON – Nampaknya Chelsea perlu mengharapkan keajaiban sekiranya mahu layak ke LIga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Dalam aksi liga Perdana Inggeris malam tadi, the Blues yang bertandang ke Goodison Park kalah 0-2 kepada Everton.
Keputusan tersebut meletakkan the Blues dalam keadaan tertekan dan mencetuskan persoalan mengenai status Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Kini perhatian penyokong pasukan kendalian Sarri beralih ke arah Suku Akhir Europa League bertemu Slavia Prague untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir.
Namun, kekecewaan di Everton membuktikan pasukan Sarri tidak ada kebergantungan dan Sarri berkemungkinan tidak akan bersama Stamford Bridge musim hadapan.
Chelsea menyerlah pada separuh masa pertama sebelum Everton mula mendominasi bola di separuh masa kedua.
Gol Richarlison dan Gylfi Sigurddson membantu Everton menambah mata untuk melonjak ke tangga ke-11.
Selepas 30 perlawanan, Chelsea kini kekal dengan 57 mata di tempat keenam.- MalaysiaGazette