Fasha Sandha. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2017.
Fasha Sandha. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Sedih meninggalkan title janda, demikian tulis Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, pelakon berusia 34 tahun itu turut meluahkan rasa keterujaannya dalam masa yang sama tidak percaya berjaya menjalani hidup sebagai ibu tunggal selama lebih tiga tahun sejak bercerai pada 20 Januari 2016.

“Tak percaya saya akan berkahwin selepas tiga tahun 5 bulan menjadi ibu tinggal. Susah nak percaya tapi inilah kenyataan, insyAllah,” katanya.

Fasha bakal berkahwin hujung bulan ini dengan Aidil Aziz selepas mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Nur Fasha Sandha Hassan terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast