Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR –¬†Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, Perdana Menteri perlu bertindak tegas untuk mengendali ahli Kabinetnya yang lemah.

“Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Dr Mahathir diktator.

“Itu bukan diktator, itu tegas, kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH (Pakatan Harapan) yang pilih dia. Bukan dia lantik diri sendiri.

“Apa yang penting ialah ketegasan. Tegas menghadapi ahli Kabinet yang lemah. Itu bukan diktator, itu suatu yang perlu bagi pemimpin perlu tegas menghadapi ahli kabinet yang lemah,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kenyataan Abdul Hadi itu menyangkal dakwaan Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu

Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian ketika ditemubual dengan akhbar Singapura, The Straits Times. – MalaysiaGazette