LANGKAWI – Berucap pada Persidangan Maritim Kebangsaan di sini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menyedari keperluan mewujudkan rejim tadbir urus laut bagi Malaysia.

Beliau berkata perlu ada dasar yang menyeluruh merangkumi semua aspek maritim seperti keselamatan, ekonomi dan alam sekitar.

“Jika kita terus menguruskan laut secara segmen, seperti sekarang, pertindihan bidang kuasa dan konflik kepentingan antara sektor tidak akan dapat diselesaikan,” katanya dalam ucaptama pada majlis yang dianjurkan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) hari ini.

Perdana menteri menegaskan sudah tiba masanya semua agensi berkaitan maritim bekerjasama dan bergabung proses kerja yang bersesuaian, dan ini boleh dicapai melalui pemahaman , kepercayaan dan komunikasi terbuka.

“Pertindihan bidang kuasa harus ditandatangani dengan segera untuk mengatasi pembaziran sumber kerajaan. Pendekatan yang diselaraskan dan bersepadu seharusnya menjadi jawapan untuk memperkuat penguatkuasaan maritim,” kata Mahathir.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast