Fasha Sandha dan Aidil.

KUALA LUMPUR- Pelakon terkenal, Fasha Sandha menamatkan zaman ibu tunggal apabila selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz hari ini.

Majlis akad nikah pasangan itu disiarkan menerusi entri di Instagram TV3 Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

bebb446b-d87e-40c3-81eb-7f8e65d2ccf1

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.

“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulis entri tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis.

Majlis resepsi sebelah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

c3cbcb01-3a6f-48ed-bbdb-c0d345469f7a

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4. – MalaysiaGazette