Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa sedang senyap-senyap ‘tibai’ lagi cukai gas asli sejak beberapa bulan lalu.

Ini kerana, harga pasaran gas asli dunia menjunam kepada AS$4.65 (RM18.80) bagi setiap juta unit termal British (mmBtu) sejak tiga bulan lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sedangkan, kerajaan telah menaikkan harga gas asli yang dijual di Malaysia kepada RM32.92 (mmBtu) pada Disember lalu,

Kenaikan itu dibuat ketika harga pasaran gas asli dunia AS$11.81 (RM48.22) setiap mmBtu.

“Ini bermakna harga gas asli yang ditetapkan oleh kerajaan dan dijual di Malaysia sekarang adalah hampir sekali ganda dari harga pasaran.

:Ini juga bermakna kerajaan PH telah dan sedang senyap-senyap tibai lagi cukai tersembunyi gas asli sejak beberapa bulan yang lalu seperti mereka pernah tibai cukai 30 sen satu liter untuk petrol pada bulan Disember lalu,” katanya di sini.

Bekas perdana menteri itu juga mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, Malaysia tidak perlu mencontohi Singapura yang telah mengurangkan harga gas itu.

Secara sindiran, Najib berkata: “Maka peniaga-peniaga kecil bolehlah mula melawat ke Singapura untuk membeli tong gas keperluan mereka”.

Beliau membuat kenyataan itu apabila Perdana Menteri berkata, jika harga gas Singapura adalah lebih murah, maka belilah di Singapura. Apa lagi yang kamu mahukan?”.

Ini kerana, Dr Mahathir berkata, kerajaan sudah menjual gas itu pada harga subsidi dan harga itu lebih baik daripada apa yang diberikan oleh negara-negara pengeluar minyak utama. – MalaysiaGazette