TOKYO – Harga minyak naik untuk hari keempat berturut-turut meskipun inventori Amerika Syarikat meningkat tanpa dijangkakan minggu lalu.

Niaga hadapan Brent naik AS$0.22 kepada AS$69.59 setong pada 0028 GMT, selepas mencecah AS$69.68 setong, tertinggi sejak 13 November.

Manakala West Texas Intermediate naik AS$0.06 kepada AS$62.64 setong.

Pada hari Selasa, kontrak naik 1.61 peratus untuk diselesaikan pada AS$62.58 setong selepas mencecah AS$62.75 seting, paras tertinggi sejak 7 November.

“Dengan kejatuhan pengeluaran bagi bulan keempat, terima kasih kepada OPEC yang meneruskan pemotongan bekalan, selain sekatan ke atas Iran dan Venezuela yang menyokong harga minyak,” kata Fiona Cincotta, penganalisis kanan pasaran di Cityindex. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast