Salah satu gambar yang tular di media sosial menunjukkan kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN Rantau menggunakan sekumpulan kanak-kanak.

PUTRAJAYA – Parti-parti politik yang menggunakan kanak-kanak untuk berkempen pada pilihan raya disifatkan telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara itu boleh merujuk kepada peguam yang lebih pakar mengenainya.

“Saya tak tahulah kalau di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak itu ia merupakan satu kesalahan (berkempen guna kanak-kanak), saya kurang pasti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

MGF05042019_PENGUMUMAN SPR SANDAKAN44
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bercakap pada sidang media Pilihan Raya Kecil Parlimen P.186 Sandakan di Dewan Serbaguna, Menara SPR, Putrajaya. foto foto NOOREEZA HASHIM, 05 APRIL 2019.

Azizan berkata demikian menjawab soalan wartawan berhubung penularan beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN Rantau menggunakan sekumpulan kanak-kanak.

Difahamkan, perkara itu berlaku semasa berlangsungnya ceramah politik parti itu.

Azizan ketika ditanya berhubung masih ada lagi parti politik yang dilihat mengamalkan pemberian makanan terutama mengadakan kenduri kendara ketika berkempen beliau berkata, kenyataan mengenai larangan terhadap perkara itu telah dibuat banyak kali.

Katanya, parti-parti politik yang melanggar larangan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya.

“Mengenai kenduri-kendara itu saya dah buat kenyataan yang banyak mengenai kesalahan pilihan raya yang dinamakan triting di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

“Jadi tak perlulah saya ulang dah banyak kali saya nyatakan perkara tersebut. Elok juga saya syorkan kepada pihak media kalau ingin ketahui lebih lanjut berkenaan Seksyen 8 ini, perlu ditemuduga peguam-peguam yang terkenal mengenai skop Seksyen 8 itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette