TERKINI : Osman Sapian Letak Jawatan? Buat Apa Saya Nak Kacau Negeri Orang – Mohamad Hasan

RANTAU – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan yang terbaik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Mohamad diminta mengulas mengenai berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor.

Malah terdapat juga desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.

Dipercayai rombakan dalam kerajaan Johor akan dibuat tidak lama lagi tetapi masih tidak pasti jika perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast