Joao Mendes dan bapanya, Ronaldinho.

LONDON – Anak kepada bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho kini mula menjadi tumpuan kelab di Brazil walaupun baru berusia 14 tahun.

Daily Mail melaporkan, bagaimanapun akhirnya Joao Mendes memilih menyertai kelab Cruzeiro.

Namun apa yang menarik dia tidak mendedahkan siapa bapanya sehinggalah berjaya melepasi peringkat pemilihan dan mendapat tempat bersama kelab Brazil itu.

“Walaupun dia adalah anak kepada Ronaldinho, Mendes tiba untuk menyertai pemilihan di kelab tanpa memberitahu siapa bapanya,” ujar kenyataan dari Cruzeiro.

“Dengan bakat yang dimilikinya, dia membuktikan dirinya. Hanya selepas beliau disahkan menyertai kami, kemudiannya beliau mendedahkan nama ayahnya yang terkenal itu.”

Pengarah pembangunan akar umbi Cruzeiro, Amarildo Ribiero berkata Mendes adalah pemain yang mempunyai kelebihan fizikal dan kualiti teknikal yang tinggi.”

“Walaupun memiliki susuk tubuh yang besar, Mendes memiliki kepantasan dan sentuhan penyudah yang baik,” katanya.

Ayah kepada Mendez, Ronaldinho disifatkan sebagai salah seorang pemain terbaik yang dunia sepanjang kariernya selama 17 tahun.

Dia pernah beraksi untuk Paris Saint-Germain, Barcelona dan juga AC Milan.

Ronaladinho uga pernah memenangi Ballon d’Or pada tahun 2005. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast