BAITULMAQDIS – Benjamin Netanyahu dijangka mengekalkan penggal kelima selepas pengiraan keputusan Pilihan Raya Umum Israel yang hampir selesai mendakwa dimenangi oleh pakatan sayap kanan.

Parti Likud diramal untuk memenangi kerusi yang hampir sama dengan bekas ketua tentera, Benny Gantz.

Namun parti Likud dan sekutu sayap kanan dijangka mendapat blok terbesar dengan 65 kerusi dalam Knesset yang memiliki 120 kerusi.

Bekas perdana menteri Israel itu kini berdepan dengan dakwaan rasuah.

Berdasarkan keputusan itu bermakna, Netanyahu kemungkinan menjadi perdana menteri paling lama, mengatasi Davide Ben-Gurion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast