Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Azmin Ali menunjukkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 10 APRIL 2019.foto NOOREEZA HASHIM, 10 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mendedahkan sejumlah RM2.7 bilion wang Felda telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihanraya umum yang lalu.

Selain itu, sejumlah RM1.4 bilion pula telah digunakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap (shady transaction).

“Penyenaraian FGV Holdings telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana FELDA telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.

“Perolehan FELDA sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan FELDA dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap (shady transactions),” katanya kepada Dewan Rakyat ketika membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda hari ini.

Tambah Azmin, kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.

Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.

“Situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir,” tambahnya.

Menurut Azmin, jumlah hutang Felda pula telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus.

Keuntungan Felda sebaliknya jatuh sebanyak 590 peratus dalam tempoh yang sama.

“Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada Felda.

“Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan Felda,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Tindakan durjana MO1 dan FO1 punca Felda tanggung liabiliti tinggi -Azmin
Felda dapat bantuan RM6.23 bilion

Isa, Zaid beli hartanah Felda dan FIC atas nama sendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast