DANOK – Sekumpulan 17 rakyat Malaysia dirawat di hospital kerana sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Danok, Thailand, hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal, kesemua mereka menerima rawatan di hospital susulan kebakaran pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 10 orang sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sementara tujuh orang lagi masih dirawat.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Rata-rata rakyat Malaysia itu bercuti di Danok dan menetap di hotel berkenaan sempena sambutan Songkran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast