Mohamad Hasan

PRK RANTAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan keyakinan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bercakap kepada media, Mohamad berkata, keyakinan itu timbul dengan kekuatan dan gerak kerja jentera yang dipamerkan oleh BN yang membantu beliau dalam mempertahankan kerusi berkenaan.

“Janji menang cukuplah kan? Menang 10-0, menang satu kosong. Janji menang,” katanya selepas Program Munajat Perdana DUN Rantau di Bilik Gerakan Utama BN malam tadi.

Beliau percaya pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat mereka.

“Saya yakin bahawa pengundi-pengundi dapat keluar seramai mungkin besok dan memberikan kemenangan kepada pihak BN,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast