TERKINI : Huru-hara Jika Golongan Minoriti Perintah Negara – PAS Selangor

PETALING JAYA – Masyarakat Islam Melayu khususnya generasi muda perlu menyedari bahawa Malaysia sepatutnya ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin yang datangnya daripada golongan majoriti dan bukannya minoriti di negara ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan, sekiranya pemimpin negara diangkat dalam kalangan golongan minoriti khususnya bukan Islam dan Melayu, ia tidak lebih hanya mengundang musibah.

“Negara mana pun kalau golongan minoriti menguruskan yang majoriti, akan berlaku huru-hara dan kepincangan, tak terkecuali dalam negara kita.

“Dalam Pakatan Harapan (PH) yang dominasi dan menguruskan PH ialah DAP. Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui bahawa, beliau jadi Perdana Menteri atas ihsan daripada DAP.

“Kesedaran mesti diberikan kepada anak-anak muda khususnya rakyat Malaysia orang Melayu supaya ke mana pun kalau nak tegakkan keadilan, yang majoriti mesti mengurus negara.

“Ini bukan menafikan soal bukan orang Melayu tak boleh jadi menteri apa ker, tidak. Hala tuju negara mestilah (ditentukan) dalam kalangan orang-orang pemimpin Islam dan Melayu (majoriti),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor anjuran Gerakan Bangsa Nasional (GBN), di sini, hari ini.

1 Komen

  1. inilah pandangan pas yang berunsurkan perkauman . dia tidak mengutamakan kelayakan tapi berpehak pada majuriti . . kalau ramai orang jahat biarlah orang jahat itu jadi pemerintah. bukan mengutamakan kebaikan dan kebenaran. . tidakkah manusia sedar hala tuju pas yang mengaku islam itu

Comments are closed.