Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pertumbuhan ekonomi negara yang melebihi 4 peratus adalah satu pencapaian ketika negara terpaksa berdepan dengan masalah-masalah besar.

Menurutnya, Malaysia masih berada pada landasan dalam perancangan setahun selepas mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.

“Kita boleh capai lebih pantas tetapi kita mengalami banyak halangan apabila ia berkaitan dengan kewangan,” katanya dalam wawancara bersama The Star.

Dr Mahathir berkata, pelabur-pelabur Amerika sudah pun menyuntik berbilion di negara ini dalam tempoh sembilan bulan ini dan beberapa lagi pelaburan lain.

Bagaimanapun, prosesnya sedikit perlahan.

“Ada banyak pelaburan akan masuk. Keyakinan terhadap negara ini sudah kembali,” tambahnya. – MalaysiaGazette