LOS ANGELES – Belum habis rasa terkejut dengan insiden keganasan yang berlaku di Christchurch dan Sri Lanka baru-baru ini – malam tadi ada lagi insiden tembakan rambang berlaku di sebuah rumah ibadat Yahudi di San Diego, Amerika Syarikat (AS).
Agensi melaporkan, suspek seorang lelaku melepaskan tembakan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga cedera dengan salah seorangnya dalam keadaan kritikal.
Ketika kejadian malam tadi, rumah ibadat itu sedang meraikan perayaan Passover yang disambut oleh masyarakat Yahudi sebagai hari kebebasan seluruh dunia.
Suspek dipercayai berusia 19 tahun itu menembak mati seorang wanita berusia 60 tahun, seorang rabai rumah ibadat itu, seorang lelaki berusia 34 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan.
Insiden di pekan Toway itu berlaku genap enam bulan selepas seorang pelampau kulit putih menembak mati 11 pengikut di rumah ibadat Tree of Life, Pittsburgh, serangan terburuk ke atas komuniti Yahudi dalam sejarah AS.
Menurut pihak berkuasa, Serif San Diego, Bill Gore dalam sidang media hari ini, ada ada empat mangsa yang cedera parah dan sudah di bawa ke hospital untuk tindakan susulan.
“Satu daripada empat mangsa sudah meninggal dunia, manakala tiga lagi masih di rawat dengan salah seorangnya masih kritikal pada masa ini akibat terkena tembakan senjata jenis rifel AR-15.
Gore juga mendedahkan, beberapa aktiviti suspek sudah dipantau melalui akuan media sosialnya yang juga telah mengeluarkan surat terbuka bagi melakukan perbuatan itu namun siasatan masih lagi sedang dijalankan.
Katanya, polis menerima panggilan sejurus selepas jam 11.30 pagi waktu tempatan apabila seorang lelaki memasuki rumah ibadat berkenaan dengan bersenjatakan AR 15 dan melepaskan tembakan.
Dalam pada itu, ada laporan saksi mengatakan suspek dikenali sebagai John Earnest itu juga penduduk setempat kawasan itu secara tiba-tiba menghadirkan diri di luar rumah ibadat dan mengeluarkan perkataan seperti ‘matilah Yahudi’ sebelum melepaskan tembakan rambang.
Dia kemudian melarikan diri apabila rifel itu secara tiba-tiba rosak sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa selepas itu. –MalaysiaGazette